Haza Addeen

PENGENALAN SYARIKAT

Haza Addeen (M) Sdn. Bhd. Merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan dan pembangunan modul berkaitan pembelajaran al-Quran. Ditubuhkan pada tahun 2016 dan beroperasi di No 59-1, Jalan Bidara 10, Saujana Utama 3, 47000, Sg Buloh, Selangor.

Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah secara atas talian dan juga secara fizikal di pusat latihan. Terdapat tiga cara pembelajaran iaitu kuliah beramai-ramai, pembelajaran secara berkumpulan kecil dari 5 hingga 7 orang untuk semakan bacaan dan akhir sekali adalah secara individu. Kami mempunyai 12 orang tenaga pengajar tetap dan 391 orang tenaga pengajar yang berdaftar di seluruh Malaysia.

Kami telah menghasilkan modul pembelajaran al-Quran yang menggabungkan teknologi digital iaitu Quran X-Press. Modul Quran X Press terdiri daripada buku latihan, video pembelajaran kendiri serta kelas bimbingan. Kami menyediakan video pembelajaran dalam bentuk ‘Learning Management System’ bagi memudahkan pelajar mengakses video dimana sahaja.

Modul yang disusun melalui penyelidikan dan pembangunan, terbukti telah membantu hampir 10,000 pelajar dewasa di seluruh Malaysia. Modul tersebut juga diinovasikan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti.

Kami juga aktif melatih guru-guru al-Quran agar dapat mengajar al-Quran dengan teknik yang lebih mudah dan berkesan melalui Program Perantis Tutor Al-Quran Profesional.

Kami juga menjalankan program tajaan pembelajaran al-Quran untuk Muallaf dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Cawangan Manjung, Perak.